Tuesday, October 20, 2009

dah kahwin kerr belum..

PROSEDUR MEMBUAT KAD AKUAN NIKAH

PEMOHON HENDAKLAH

    1. Menyediakan gambar berukuran kad pengenalan sebanyak 1 keping setiap seorang. (Perempuan mesti bertudung)
    2. Surat Perakuan Nikah ( asal dan 1 salinan ).
    3. Bagi pemohon yang tinggal / bekerja di luar negeri Pulau Pinang maka salinan tersebut boleh dihantar kepada pemohon melalui pos dan pemohon hendaklah menyediakan sampul surat pos ekspres semasa mengisi borang permohonan.
    4. Membuat bayaran sebanyak RM13.50 sekeping bagi setiap Kad Akuan Nikah

TUNTUTAN AKUAN KAD NIKAH

    1. Pemohon boleh datang ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk menuntut Kad Akuan Nikah selepas tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan.
    2. Sekiranya pemohon tinggal / bekerja di luar negeri Pulau Pinang maka Kad Akuan Nikah tersebut boleh dihantar kepada pemohon melalui pos dan pemohon hendaklah menyediakan sampul surat pos ekspres semasa mengisi borang permohonan.

Monday, October 12, 2009

My Camera Nikon D90 + 18-105mm



Untuk pengetahuann umum..yang ni a haku beli..D90 nikon sekali dengan lens 18-105mm..ni yang paling latest..kalau photographer tengok..sure terbukak jugak lah lens mata masing-masing..gambar ni cuma display body jerr tak termasuk lens..


Salah satu Idaman kalbu Nikkor Lens 70-300mm

agak-agaknya bila lah haku leh pakai lens gedabak ni ek? 70-300mm..harga yang haku punya pun dekat 2k..tu baru 18-105mm...kalau yang ni baperr la ekkk? kalau guna lens ni..setakat nak ambil satu padang bolasepak atau gambar beruk naik sampai puncak pohon kelapa senang-senang je ni..pe-pe pun kumpul duit dulu...janji dapat kelulusan dari my beloved wife dulu...heheheheh..hujung tahun depan kita dive kat sipadan ye sayaaaaaannnnnggg!..

Sunday, October 11, 2009

Kak Ivo dan anak-anak


Salah satu gambaq menggunakan nikon..yang penting setting nak timbulkan awan kat belakang tu jelas dan menampakkan seni fotografi..gambar ni yang paling haku suka..gambaq Kak Ivo dengan anak-anak beliau..si firdaus and kakak jannah..yang pati gambaq ni akan dicuci..cuma masa jerr..gambaq ni kalau diaplikasikan menggunakan photoshop cs3..lagi nampak hidup..croop dan edit warna supaya ia menjadi kebiruan skit..kak.ivo pun pandai ambil gambaq guna dslr haku..picit button dah dapat hasil yang memberangsangkan..tak yah nak belajaq macam haku ni..nak kena tau apature la..nak kena tau setting iso la..dan yang paling penting shutter speed tu yang leceh skit..cuba tengok aksi firdaus ni..aderr jerr otak dia..sebab banyak yang haku dah tangkap gambaq dia..memang macam-macam aksi..pandai plak tu..

cantik tak?



gambar ni pun diambil dan diedit skit masa kat tasik banding..indah mata memandang..

abang halil bin nayan..


Assalamualaikum..akhirnya dapat gak curi-curi brat pitt malaya ni..kebetulan plak background is so wonderful to say..keajaiban Ilahi yang tak derr tangdingan..gambaq ni pun masa kat tasik banding.. Pulau Banding dengan keluasan 217 hektar wujud selepas kawasan berkenaan ditenggelami air projek Empangan Temenggor pada tahun 70-an yang mewujudkan Tasik Temenggor, tasik buatan terbesar di Perak dengan keluasan permukaan meliputi 15,200 hektar..so,bayangkan betapa luasnya tempat ni..kat sini gak adalah salah satu jambatan atau laluan yang menghubungkan grik untuk ke negeri kelantan..pe kata kita bom ajerr...hehehehe...suruh pakar bom iaitu en.lilo yang buat..keh.keh.keh

Mata bertentang..hatiku bertambah riang


Hari ini kau datang riang..tersenyum buat ku sorang..kau hias..dirimu...membuat hati bertambah sayang...Lirik lagu yang ntah tajuk..yang pasti lagu dulu-dulu..ni gambar model untuk tasik banding..perak..on daway dari kelantan nak balik penang..best la tempat tu...kalau la dapat dok sari dua menyewa kat sini kat best..lagi banyak la gambaq yang berjaya dipotretkan..nak lagi gabungan ceria famly kak ivo...heheheh..tak sabar rasanya nak tangkap gambaq kat indonesia bulan dua belaih yang akan dok mai ni...jangan tak jadi udah lerr..sebabnye teman tak sior rase hati nak ninggal kawan baik teman iaiti mr.lilo..pe-pe pun teman ndak jugak ambil gambaq kome...tak gitu?