
Salam pagi kepada semua dikala dunia sekarang kecoh tentang penularan wabak H1N1..dan sehingga saat ini..Malaysia sahaja dah terlibat kematian seramai 18 kes..Kenapa boleh jadi begini? Dijabatan kecemasan Hospital malaysia kini makin ramai orang berpusu-pusu nak dapatkan rawatan..Yang korang pergi luar negara untuk melancong sapa suruh..pas tu bawak balik wabak..Australia..u.s..england..semua tu tak yah la nak gi sana buat masa terdekat ni..Kat sana pun dah ramai mati..aku nak bagi beberapa tips untuk mencegah H1N1 ni terutama kepada yang kena quarantine dekat rumah..Pertama amalkan Etika Batuk..bukan suruh batuk..tapi time batuk tu..agak-agak la..jangan sampai menyembur ke muka orang lain..pakai tisu and cuci tangan..Yang kedua..Tinggkatkan kebersihan diri..Dah badan tu kalau mandi setakat mandi kerbau..lebih baik tak yah mandi..kucing aku si lilo tu pun rajin mandi..kui.kui.kui..Ketiga..Jangan kongsi peralatan peribadi..ni lagi satu..ape kes yang kongsi towel.berus gigi..? alasan cakap saranan kerajaan sebab suruh kongsi kereta..tu kereta..ni penyakit berjangkit..keempat..pesakit hendaklah menjarakkan diri bak kata mat saleh..'social distancing'!..maknaya kalau dah dapat cuti untuk diquarantine dekat umah..duduk umah je la..ni tak..sempat makan roti canai sardin cap ayam mahupun dengan sengaja melepak-lepakkan diri untuk cuci mata kat Jusco..so bak kata nabil..lu pikiaq la sendiri..Opps sebelum terlupa gambar yang cantik kat atas ni..adalah salah satu lokasi tempat sang pencerita bekerja..gambar diambil dalam suasana malam minggu lepas jam lebih kurah 0035H..So kalau nak tgk gambar yang lain..dah upload kat bawah..harapan agar sama-sama lah menyayangi orang tersayang..ye la! kalau dah Dapat H1N1 baru nak sayang tak guna gak..pakai la mask kemana sahaja anda berada..cuci la tangan selepas atau sebelum melakukan apa jua tatacara...Nasiahat orang pandai..sendiri pun tak praktik..heheheheeh..ceh!

No comments:
Post a Comment