Tuesday, October 20, 2009

dah kahwin kerr belum..

PROSEDUR MEMBUAT KAD AKUAN NIKAH

PEMOHON HENDAKLAH

    1. Menyediakan gambar berukuran kad pengenalan sebanyak 1 keping setiap seorang. (Perempuan mesti bertudung)
    2. Surat Perakuan Nikah ( asal dan 1 salinan ).
    3. Bagi pemohon yang tinggal / bekerja di luar negeri Pulau Pinang maka salinan tersebut boleh dihantar kepada pemohon melalui pos dan pemohon hendaklah menyediakan sampul surat pos ekspres semasa mengisi borang permohonan.
    4. Membuat bayaran sebanyak RM13.50 sekeping bagi setiap Kad Akuan Nikah

TUNTUTAN AKUAN KAD NIKAH

    1. Pemohon boleh datang ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang untuk menuntut Kad Akuan Nikah selepas tempoh 2 minggu dari tarikh permohonan.
    2. Sekiranya pemohon tinggal / bekerja di luar negeri Pulau Pinang maka Kad Akuan Nikah tersebut boleh dihantar kepada pemohon melalui pos dan pemohon hendaklah menyediakan sampul surat pos ekspres semasa mengisi borang permohonan.